Kali ini aku akan menerangkan tentang
jenis kamera yang selalu digunakan dalam fotografi, SLR dan DSLR. Terdapat
beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis kamera ini dan mungkin ada yang
mnganggap kamera SLR dan DSLR adalah sama. Sebenarnya ada persamaan dan ada
juga perbezaan. Ada juga yang menganggap 'SLR' dan 'DSLR' ini adalah model
kamera seperti Nikon, canon, sony dan sebagainya. sebenarnya tidak. Ia adalah
antara jenis kamera dan mempunyai ciri-ciri tertentu.
Bercakap tentang SLR, apa yang
dimaksudkan dengan SLR? ada yang memberi tafsiran sendiri seperti 'single light
ray' (aku la tu..dulu-dulu time jahil). SLR sebenarnya membawa maksud 'single
lens reflex'. Kamera SLR pula ialah:
Terdapat 3 jenis kamera SLR:
1. Manual type - semua setting dikawal
secara manual.
2. Automatic type - setting telah
ditetapkan secara automatik (bilt-in program)
3. Semi-automatic type - kombinasi
kedua-dua jenis (manual dan automatic)
DSLR pula
ialah 'digital single lens reflex' (digital-SLR). maksudnya
lebih kurang seperti SLR (telah diterangkan di atas) tetapi ada penambahan
perkataan 'digital'. Untuk keterangn yang lebih lanjut, korg boleh rujuk
di Wikipedia. jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua jenis kamera
ini? Ada orang kata sama je kedua-dua nie..
Setelah aku membuat beberapa kajian dan pembacaan, dapat dikenalpasti beberapa perbezaan antara kamera SLR dan kamera DSLR. Antaranya ialah:
Setelah aku membuat beberapa kajian dan pembacaan, dapat dikenalpasti beberapa perbezaan antara kamera SLR dan kamera DSLR. Antaranya ialah:
- SLR menggunakan filem manakala DSLR pula
menggunakan memory card sesuai dgn namanya Digital-SLR. Filem terhad
kepada 36 keping gambar (kebiasaan) manakala memory card boleh memuatkan
beratus atau beribu keping gambar (bergantung kepada saiz memory card).
- SLR merupakan Full Frame Format yang menggunakan
35mm filem, manakala DSLR pula byk yang menggunakan 'crop sensor' atau
istilah lain APS-C. Tetapi sekarang dah ada DSLR yang mempunyai Full Frame
seperti Nikon D700, D3, D3x, D3s, D4, Canon 5D MK II, 5D, 1D MK IV dan
sebagainya.
- DSLR menggunakan sensor (CCD atau CMOS) untuk
menukarkan cahaya kepada pixel, SLR hanya menggunakan filem kamera biasa.
- Dari segi penggunaan, DSLR lebih praktikal kerana
boleh tengok terus hasil gambar yang diambil, manakala SLR menggunakan
filem, tak boleh tengok hasil yang diambil sebelum dicuci.
- Cara penggunaan SLR dan DSLR hampir sama seperti
setting untuk ISO, shutter speed, aperture, dan lain-lain. Kedua-duanya
juga mempunyai jenis manual dan jenis automatik.
- Untuk mengambil gambar menggunakan SLR, kene
pastikan jarum exposer berada di kedudukan normal, jika tidak gambar akan
over atau under. DSLR tak perlu, hanya snap! (nama pun digital).
- Disebabkan SLR menggunakan filem, jadi nak cuci
gambar kenalah hantar kt kedai atau cuci kt dark room (agak susah dan
leceh). DSLR hanya guna memory card, boleh print sndiri kt rumah.
- Contoh kamera SLR ialah Nikon FM10 dan FM2,
contoh kamera DSLR Nikon D3100, D90 dan D3. (aku bg contoh nikon je sbb
kau suka nikon..hehe.. nk lain, blh google)
Kebiasaan fotografer sekarang menggunakan
DSLR kerana lebih mudah berbanding SLR walaupun harganya agak mahal. Mungkin
dah takde fotografer menggunakan SLR kerana mempunyai banyak kekurangn
berbanding DSLR.
Ini hanya dari pengetahuan dan pembacaan aku sendiri. kalau salah tolong betulkan. Banyak lagi info-info tentang kamera nie korang boleh dapat melalui internet, blog, video, dan sebagainya. Harap entry aku nie dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan pengetahuan kepada korang semua. Sekian. :)
Ini hanya dari pengetahuan dan pembacaan aku sendiri. kalau salah tolong betulkan. Banyak lagi info-info tentang kamera nie korang boleh dapat melalui internet, blog, video, dan sebagainya. Harap entry aku nie dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan pengetahuan kepada korang semua. Sekian. :)












Tiada ulasan:
Catat Ulasan